BV

Pensyarah Subjek Matematik Paling Hot Pernah Wujud!



APA agaknya reaksi penuntut-penuntut di kolej sekiranya mendapat tahu pensyarah mereka ialah seorang peragawan paling hot dan terkenal.
Tergamam! Itulah reaksi seorang penuntut di University College London, Arief Azli selepas berjaya membongkar pensyarah matematiknya, Pietro Boselli sebenarnya merupakan seorang model terkenal.
Arief memuat naik gambar pensyarah tersebut di laman sosial Facebook dengan menuliscaption “That moment when you realised your math lecturer is one of the top designer model.”
Dia turut sertakan hashtag #onlyatUCL #UCLEngineering #MechanicalEngineers #ModellingandAnalysisClass #Bromance
Menerusi instagram Pietro, dia merupakan juara European Fitness Model pada tahun 2014 dan sekarang memiliki kontrak sebagai model dengan syarikat Models 1.
Apa yang menyempurnakan diri Pietro, dia juga seorang yang berpendidikan kerana memiliki PHD dalam bidang Kejuruteraan.
Percayalah, sekiranya semua pensyarah sebegini, prestasi pelajaran setiap penuntut di seluruh dunia pasti meningkat dan sentiasa cemerlang !
Terutamanya golongan wanita, mesti tak ponteng kelas, prestasi kehadiran mesti A+, maklumlah setiap pagi ada motivasi untuk ke kelas!
- MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Pensyarah Subjek Matematik Paling Hot Pernah Wujud!"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info