BV

Penjual Ikan Bunuh 2 Pelajar Britain Dihukum Gantung



PETRA JAYA – Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penjual ikan, Mohd Zulkifli Abdullah, 23, selepas didapati bersalah membunuh dua pelajar perubatan warga Britain di sini tahun lalu.
Tertuduh didapati bersalah kerana membunuh Aidan Brunger dan Nail Dalton yang kedua-duanya berusia 22 tahun antara jam 4.10 dan 4.15 pagi 6 Ogos tahun lalu berhampiran Jalan Abell di sini.
Hakim Chew Soo Ho memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi tertuduh pada akhir kes pembelaan.
Tertuduh diwakili peguam, Anthony Tai manakala pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn dan Mohd Iskandar Ahmad. 

- BH Online
0 Komentar untuk "Penjual Ikan Bunuh 2 Pelajar Britain Dihukum Gantung"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info