BV

Lelaki Peram Telur Rebus Dalam Badan Selama 20 Tahun



London – Manusia bertelur. Jangan terkejut tetapi itu yang dialami seorang seorang lelaki berusia 62 apabila doktor menemui `telur rebus’ dalam badannya.
`Telur’ berkenaan rupanya selama ini telah menekan pundi kencingnya hingga memaksa lelaki terbabit kerap kencing.
Ia dikesan apabila lelaki itu mendapatkan rawatan di hospital, selepas lebih 20 tahun mengalami masalah itu.
Doktor yang memeriksanya kemudian mengambil sampel dan menghantar ke makmal untuk pemeriksaan, namun tidak menemui sebarang perkara luar biasa mengenai penyakitnya.
Hanya selepas imbasan CT dijalankan barulah mereka menemui objek sepanjang 10cm dan lebar 7.5 cm. Ia seberat 220 gram.
Menurut New England Journal of Medicine, ketumbuhan berkenaan yang kelihatan seperti telur dipercayai terbentuk apabila kantung lemak dalam usus membran telah terpintal dan berubah menjadi ketulan.
Selepas pembedahan dijalankan bagi membuang telur berkenaan, lelaki itu tidak lagi mengalami masalah pundi kencing.

- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Lelaki Peram Telur Rebus Dalam Badan Selama 20 Tahun"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info