BV

Cucu Jutawan Minyak Ditemui Mati Di Bilik Air, Kemaluan Cedera



SEORANG cucu jutawan minyak dari Los Angeles, Andrew Getty ditemui mati dalam rumahnya di Hollywood Hills, semalam.
Menurut pihak polis, mayat Andrew ditemui di bilik air selepas mereka menerima panggilan seorang wanita yang dipercayai merupakan bekas teman wanita kepada lelaki tersebut.
Ketika ditemui mayat Andrew berada dalam keadaan separuh bogel dengan terdapat kesan kecederaan di bahagian kemaluannya.
Andrew merupakan salah seorang pewaris jutawan minyak Amerika, John Paul Getty yang meninggal dunia pada 1976.
Bekas kekasih Andrew yang melaporkan mengenai penemuan mayat itu kini ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.
Namun, pihak berkuasa buat masa ini tidak menjumpai apa-apa kecurigaan terhadap kes ini sebaliknya memberikan konklusi awal mendiang berkemungkinan mati mengejut.

- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Cucu Jutawan Minyak Ditemui Mati Di Bilik Air, Kemaluan Cedera"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info