BV

Anjing Kesayangan Hilang, Jumpa Dah Siap Dimasak Untuk Dijual



TRAUMA.. seorang budak perempuan lima tahun mungkin akan mengenang tragedi ini untuk seumur hidupnya.
Apa tidaknya, setelah mencari anjing peliharaannya yang hilang selama beberapa hari, kanak-kanak tersebut akhirnya berjumpa kembali dengan anjingnya itu, namun dalam keadaan ianya sudah tidak bernyawa.
Lagi tragik, haiwan itu sudah siap dipanggang dan sedia untuk dijual sebagai juadah makanan!

[BERKAITAN: Anjing Rottweiler Digelar ‘Robodog’Kerana Pakai Kaki Palsu]

PAY-MAIN-girl-finds-pet-dog-roasted
Menurut portal People’s Daily Online, budak perempuan tersebut dikatakan telah memelihara anjing yang diberi nama Flower selama tiga tahun, dan bersedih setelah ia hilang.
Dia dilaporkan telah melakukan pelbagai ikhtiar untuk mencari Flower namun gagal menemuinya.
Bagaimanapun selepas beberapa hari berlalu, ketika budak perempuan tersebut melintasi sebuah gerai menjual daging, dia menyedari bahawa seekor anjing yang baru sahaja dimasak dan diletakkan di atas jalan berdekatan gerai itu adalah Flower!
Sambil menangis, dia mendekati ‘Flower’ dan pasti bahawa itu adalah anjing peliharaannya.
Foto tersebut sempat dirakam seseorang dan kemudiannya menjadi viral selepas ia dikongsikan di laman sosial.
Ramai pihak bersimpati dengan budak perempuan itu.
Di beberapa negara Asia termasuk China, Vietnam dan Korea, daging anjing sememangnya biasa dijadikan hidangan dan dijual secara terbuka.
- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Anjing Kesayangan Hilang, Jumpa Dah Siap Dimasak Untuk Dijual"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info