BV

Pelakon sasa dicium dalam tandas

peluk-1-bl

Wow!!! Tanjat Cik Tina bila dengar kisah seorang pelakon sasa yang jadi mangsa fanatik seorang peminat. Peminat lelaki U!
Macam ni kisahnya, dua minggu lalu kawan Cik Tina ke sebuah pusat membeli belah di ibu negara. Bila rasa nak membuang air kecil dia masuklah ke tandas yang ada dalam pusat membeli belah tu. Kawan Cik Tina ni lelaki.
Dia masuk ke dalam bilik yang berhadapan dengan tempat pancut yang juga disediakan dalam tandas itu. Kemudian dia dengar ada orang masuk dan bunyinya macam menggunakan khidmat tempat pancut tu. Tak kisahlah.
Kemudian bunyi lagi ada kaki melangkah. Tiba-tiba ada perbualan di antara kedua-dua mereka. Perbualan itu dalam Bahasa Inggeris, Mungkin salah seorang lelaki itu bukan orang Malaysia.
Macam ni lebih kurang perbualan mereka.
A: Awak sangat handsome. Susuk badan juga cantik.
B: Terima kasih
A: Boleh saya peluk awak?
B: Pasal apa awak nak peluk saya?
A: Tak tahu pasal apa… saya rasa macam mahu peluk awak.
B: Okey.
Mungkin selepas itu berlakulan adegan peluk itu. Kemudian kedengaran A bercakap lagi.
A: Jangan cakap kat sesiapa, saya terkenal.
Gambar hiasan
Gambar hiasan
Beberapa saat kemudian kawan Cik Tina itu pun keluar dan dia nampak seorang lelaki berbangsa asing masih berdiri di tempat pancut itu. Ikut pendapat kawan Cik Tina lelaki itu dari Asia Barat. Mungkin Turki atau Iran. Kawan Cik Tina pandang dia dan melemparkan senyuman lalu terus keluar.
Bila kawan Cik Tina keluar dia nampak kelibat seorang pelakon sasa dengan anaknya. Dia buat tak tahulah. Dalam hati dia agak-agak mungkin lelaki itu yang dia dengar suara berbual tadi. Kawan Cik Tina terus berdiri dekat-dekat situ sambil meninjau kelibat rakannya sebab semasa dia masuk tandas tadi kawannya ada di depan kedai dekat-dekat situ.
Kemudian lelaki bangsa asing tadi keluar dan pada masa itu pelakon tadi masih dapat dilihat. Lelaki itu berjalan ke arahnya. Kemudian dia tanya siapakah lelaki yang bersama anak tu (merujuk kepada pelakon sasa tadi).
Kawan Cik Tina memberitahunya yang lelaki itu seorang pelakon. Kawan Cik Tina berbual sekejap dengan lelaki bangsa asing itu dan dia mengaku mencium pipi pelakon itu semasa dalam tandas tadi. Itulah kisahnya.

Sumber : mangga Online
0 Komentar untuk "Pelakon sasa dicium dalam tandas"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info