BV

Wanita Jual Smoothies Yang Dihasilkan Daripada Uri



SEORANG wanita dari England, Kathryn Beale telah menjalankan perniagaan menjual kapsul dan minuman smoothies yang dihasilkan daripada uri bayi yang baharu dilahirkan.
Yang menariknya, perniagaan yang dijalankan itu hanya disedikakan untuk ibu-ibu yang baharu sahaja melahirkan anak.
Walaupun ramai yang kurang bersetuju dengan idea perniagaan yang dijalankan oleh wanita berusia 41 tahun itu namun Kathyrn bertegas menyatakan produk minuman yang dihasilkannya itu adalah selemat dan mempunyai pelbagai kebaikan daripada segi kesihatan.
“Kebanyakan binatang spesis mamalia akan makan balik uri anak mereka sebaik lepas melahirkan, perkara ini adalah normal buat binatang. Cuma kita manusia sahaja yang tidak menjadikan perkara ini adalah sebagai satu rutin sebaik melahirkan anak. Uri memang sangat baik buat tubuh seorang ibu kerana ia penuh dengan zat besi yang baik untuk hormon dan membunuh sel-sel mati dalam badan.
“Selain itu, ianya bagus untuk membantu penghasilan susu badan dan mengelak berlaku kemurungan selepas bersalin,” katanya.
Kebiasaannya, Kathryn mendapatkan bekalan uri daripada hospital yang mana kemudiaanya dia akan membersihkan, memotong dan mengisar uri itu bersama-sama buah pisang dan beri untuk menghasilkan smoothies.
smoothies
Pemakanan dan pemakaian uri sebagai pembersih muka (facial wash) sememangnya popular di kalangan selebriti Hollywood di mana sebelum ini Kim Kardashian dan Gwyneth Paltrow dilaporkan turut menggunakan uri untuk tujuan kesihatan dan kecantikan wajah mereka. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Wanita Jual Smoothies Yang Dihasilkan Daripada Uri"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info