BV

Guru Besar Tak Guna, Tiduri Murid Sendiri



LONDON – Menjijikkan. Seorang pengetua yang pernah dijulang kerana berjaya mengubah sekolah yang gagal kepada sekolah berprestasi tinggi, telah dipenjara selama lapan tahun selepas mengadakan hubungan seks dengan dua budak bawah umur sekitar tahun 1980-an.
Anne Lakey, 55, yang pernah digelar guru berwawasan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika beliau mengajar sejarah di Sunderland.
Dalam satu emel yang dihantar ke sekolahnya pada 2012, salah seorang mangsa menceritakan bagaimana Anne membiarkan dia melihat wanita itu mandi sebelum merampas terunanya.
Mangsa memberitahu dia merasa terpanggil untuk memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah selepas melihat tulisan Anne di dalam blog yang mahu memberikan permulaan yang baik kepada anak-anak muda.
Malah semasa perbicaraan dijalankan, Anne juga dilaporkan meniduri seorang lagi budak di dalam khemah ketika aktiviti perkhemahan diadakan.
Pada masa itu, suami keduanya, Eamonn Toland sedang tidur di dalam khemah berhampiran.
Susulan kejadian berkenaan, kedua-dua mangsa menjadi keliru dan mengalami pengalaman yang menakutkan.
Anne yang telah berkahwin sebanyak tiga kali telah mendapat pujian di atas kerja cemerlang yang dilakukan di sekolahnya dan dinaikkan pangkat sebagai ketua eksekutif untuk kesatuan Durham. 
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Guru Besar Tak Guna, Tiduri Murid Sendiri"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info