BV

Padah Lakukan Seks Depan Ramai, Lelaki Dihukum Penjara



FLORIDA – Padah melakukan seks di khalayak ramai, akhirnya seorang lelaki dihukum penjara selama dua setengah tahun oleh mahkamah semalam.
Lelaki itu, Jose Caballera, 40, dan teman wanitanya, Elissa Alvarez, 21, ditangkap ketika melakukan perbuatan tidak senonoh berkenaan di tepi pantai di Florida dan di hadapan kanak-kanak berusia tiga tahun.
Kejadian berlaku pada waktu siang.
Elissa bagaimanapun tidak dikenakan hukuman penjara. Namun mereka berdua disenaraikan sebagai pesalah seks.
seks1
Aksi mereka itu kemudiannya dirakamkan. Pasangan tersebut menafikan tuduhan terbabit dan menyatakan bahawa ia hanya salah faham.
Menurut pendakwaraya, mereka memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap Jose kerana dia sebelum ini pernah dipenjarakan akibat kesalahan dadah.
Sementara juri pula mengambil masa hanya 15 minit untuk membuat keputusan bahawa pasangan tersebut bersalah.
Mereka sebelum ini berdepan hukuman penjara selama 15 tahun. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Padah Lakukan Seks Depan Ramai, Lelaki Dihukum Penjara"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info