BV

Lelaki Perkosa Nenek 101 Tahun Di Amerika Syarikat



Milwaukee (Amerika Syarikat) – Seorang penjenayah memberitahu polis dia merogol seorang nenek berusia 101 tahun kerana bernafsu melihat mangsa berbaring di atas katil ketika merompak rumah wanita itu.
Antoine Devon Pettis membuat pengakuan itu selepas ditahan polis kerana disyaki merompak dan merogol warga emas berkenaan.
Pettis berkata, dia hanya merancang untuk merompak dan tidak merancang merogol wanita berkenaan.
“Kalau saya merancang untuk merogol mangsa sudah tentu saya membawa kondom.
“Saya mahu merompak, tetapi saya mengubah fikiran selepas mendapati mangsa terlalu menarik ketika berbaring di katil,” katanya.
Polis berkata, serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan terpaksa dirawat di hospital.
Pettis ditahan tidak lama selepas polis mengesan DNA lelaki itu pada badan mangsa.
Lelaki itu berdepan hukuman penjara selama 55 tahun sekiranya didapati bersalah atas tuduhan merogol, menyerang dan merompak. 
- Agensi/myMetro Online
0 Komentar untuk "Lelaki Perkosa Nenek 101 Tahun Di Amerika Syarikat"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info