BV

Aeril Wawa tak menyorok lagi

Semasa kisah pernikahan rahsia pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terbongkar tahun lalu, pasangan itu menjadi hangat seketika sehngga ada ketikanya mereka tidak mahu bersemuka dengan orang ramai dan media.
Kini pasangan yang dah memiliki seorang anak lelaki itu tak mahu bersembunyi lagi. Mereka dah beberapa kali muncul di khalayak ramai. Malah pasangan muda itu juga sudah bebas membawa anak mereka, Ahmad Fakhruddin Attar keluar bersiar-siar. Foto anak juga kerap dimuatkan dalam laman sosial Aeril dan Wawa.
“Saya tak mahu lagi menoleh ke belakang, sebaliknya mahu pendang ke depan dengam positif. Saya tak perlu bimbang fikirkan pandangan orang terhadap kami,” kata Aeril.
Dia menganggap apa yang berlaku dulu sebagai ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Sekarang dia dah bebas menjalankan kehidupan senagai suami dan ayah.
“Saya sekarang banyak menghabiskan masa bersama anak dan isteri, saya sangat gembira melihat perkembangan mereka,” sambung Aeril.
Mereka sudah mula merasai nikmat berumahtangga setelah tinggal bersama. Wawa yang kurang pandai di dapur semakin rajin memasak untuk memasak masakan kegemaran suami.
Mereka juga sudah kembali berlakon setelah berehat semasa peringka awal pernikahan terbongkar dulu.


Sumber : manggaonline.com
0 Komentar untuk "Aeril Wawa tak menyorok lagi"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info