BV

Mark Adam ajar cara ajak kahwin

mark-al-1

Ada tak sesiapa yang payah nak buat lamaran dan mengajak sang kekasih berkahwin? Kalau ada yang malu-malu dan takut-takut, penyanyi Mark Adam ada saranan.
Mark menyarankan lagunya dijadikan bahan perantara untuk melamar. Dia kini ada lagu baru berjudul Marry Me petikan album sulung yang baru dilancarkan.
mark-al-2“Lagu ini sebenarnya sambungan kepada lagu Pencuri dan Si Katak. Ia mengisahkan cara seorang lelaki melamar dan mengajak kekasihnya berkahwin.

“Kalau ada pandai menyanyi boleh menyanyikan lagu ini semasa melamar dan kalau tak tahu menyanyi pun, boleh juga gunakan lagu ini untuk melamar,” kata Mark pada majlis pelancaran albumnya di Laundry Bar, The Curve, Damansara baru-baru ini.
Setelah memiliki beberapa buah single , akhirnya Mark muncul dengan album sulung. Dia mempertaruhkan lagu Marry Me.
Selain memuatkan lagu-lagu terdahulu, ada juga lagu yang tidak dipasarkan dalam bentuk single sebaliknya hanya boleh dimiliki dengan membeli album.
Album ini dibuat dalam dwi bahasa. Lagu Pencuri, Si Katak dan Marry Me pun ada dua versi. Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Jika, Minds Your Own Business, Thief (Pencuri versi Bahasa Inggeris). Pimples, If dan Mind.



Sumber : manggaonline.com
0 Komentar untuk "Mark Adam ajar cara ajak kahwin"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info