BV

Wajib pamer tanda harga baharu


PARA peniaga diwajibkan meletakkan tanda harga baharu yang turut memberi penerangan tentang kadar cukai GST sebanyak enam peratus bagi memudahkan para pengguna membeli barangan pada 1 April depan. – Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Semua peniaga diwajibkan meletakkan tanda harga yang telah dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada setiap barangan dan caj perkhidmatan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Menurutnya, tanda harga yang dipamerkan itu mesti dalam nilai Ringgit Malaysia dan mudah dilihat oleh pengunjung dengan penerangan dibuat dalam Bahasa Melayu.
“Peniaga hanya perlu mempamerkan satu harga ia­itu harga yang telah dimasukkan cukai GST sebanyak enam peratus pada setiap barang atau caj bagi perkhidmatan. Harga tersebut adalah jumlah harga yang perlu dibayar oleh pengguna.
“Contohnya, jika harga bagi sehelai kemeja lelaki adalah sebanyak RM100, peniaga perlu meletakkan tanda harga RM100 + GST = RM106 atau RM106 (termasuk cukai GST sebanyak enam peratus).
“Adalah satu kesalahan jika peniaga meletakkan tanda harga seperti RM100 + 6% GST kerana ia tidak mempamerkan harga sebenar barangan tersebut,” katanya pada majlis penyerahan persetujuan daripada pihak industri bagi membolehkan para peniaga mematuhi undang-undang berkaitan pencatutan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3VZXsFIF9 
Hakcipta terpelihara 
0 Komentar untuk "Wajib pamer tanda harga baharu"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info