BV

Pesawat Germanwings terhempas 8 minit selepas hilang altitud


PETA laluan Germanwings dari Barcelona ke Duesseldorf. Sebuah pesawat Airbus yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang rendah anak syarikat Lufthansa, Germanwings terhempas di selatan Perancis ketika dalam perjalanan berkenaan.

COLOGNE: Pengarah Urusan Germanwings, Thomas Winkelmann berkata pesawat Airbus A320 yang terhempas di pergunungan Alps Perancis hari ini mula menurun seminit selepas mencecah paras penerbangan ditetapkan dan mula kehilangan altitud selama lapan minit.
"Hubungan pesawat itu dengan pusat kawalan udara Perancis tamat pada jam 10.53 pagi pada ketinggian 6,000 kaki. Pesawat itu kemudian terhempas," katanya pada sidang media di sini.
Winkelmann berkata penyelenggaraan berkala pesawat itu dilaksanakan Lufthansa Technik semalam. - Reuters


Sumber : sinarharian.com
0 Komentar untuk "Pesawat Germanwings terhempas 8 minit selepas hilang altitud"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info