BV

Obama rakam ucapan takziah kematian Lee Kuan Yew



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama merakamkan ucapan takziah atas kematian Lee Kuan Yew dan menyifatkan mendiang sebagai perdana menteri "gergasi sebenar dalam sejarah."
Obama dalam kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih berkata, beliau menghargai kebijaksanaan Lee termasuk ketika rundingan sewaktu lawatannya ke Singapura pada 2009 apabila Presiden AS itu sedang merangka dasar Asia-Pasifiknya.
"Mendiang memang seorang gergasi sebenar dalam sejarah yang akan dikenang oleh generasi demi generasi mendatang sebagai Bapa Pemodenan Singapura dan salah seorang pakar strategi dalam hal ehwal Asia," katanya. - Reuters


Sumber : beritaharian,com
0 Komentar untuk "Obama rakam ucapan takziah kematian Lee Kuan Yew"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info