BV

ZAYN MALIK TINGGALKAN ONE DIRECTION

zayn

Selepas lima tahun bergelar ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu. Perkara ini disahkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan itu di laman sosial mereka. 
 
"Selepas lima tahun bersama, inilah masa yang sesuai untuk saya meninggalkan kumpulan ini. Saya ingin meminta maaf kepada peminat yang terkesan dengan keputusan saya ini. 
 
"Saya mengambil keputusan ini kerana ingin menjalani kehidupan normal dan jauh daripada tumpuan ramai. Saya yakin, Louis, Liam, Harry dan Niall akan terus menjadi band terbaik di dunia," tulis Zayn dalam kenyataan yang dikeluarkan. 
 
Dalam pada itu, One Direction juga mengeluarkan kenyataan berhubung berita yang mengejutkan ini;
 
"Kami berasa sangat sedih dengan keputusan Zayn, namun kami menghormati keputusannya. Lima tahun bersama meninggalkan kenangan paling manis. Banyak yang telah kami lalui bersama dan kami akan meneruskan persahabatan ini."
 
Dalam pada itu, perjuangan One Direction akan diteruskan dengan baki empat orang ahlinya dan mereka akan memulakan rakaman album terbaru yang dijangka akan berada di pasaran pada hujung tahun ini. 
 




Sumber : mediahiburan.karangkraf.com
0 Komentar untuk "ZAYN MALIK TINGGALKAN ONE DIRECTION"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info