BV

Manchester United Kekal Di Tangga Keempat Selepas Tumpaskan Liverpool


Mata menjaringkan gol pertama United hasil hantaran lintang Andres Harrera.

> Juan Mata berlari melepasi empat pertahanan Liverpool untuk menjaringkan gol pertama United pada minit ke-14 dan selepas itu menjaringkan gol kedua yang cantik pada minit ke-59.
> Kemenangan ini membolehkan United mengekalkan kedudukan mereka di tangga keempat mengutip 59 mata, satu mata kurang di belakang Arsenal manakala Liverpool kekal di tangga kelima di belakang United.
> United menguasai 60 peratus penguasaan atas padang manakala Liverpool 40 peratus pada separuh masa pertama. Separuh masa kedua perlawanan agak seimbang walaupun Liverpool bermain dengan 10 orang pemain sahaja.
> Steven Gerrard dilayangkan kad merah tidak sampai 45 saat selepas berada atas padang sejurus separuh masa kedua bermula kerana memijak kaki Herrera. Herrera mendapat kad kuning.
> Pada minit ke-69, Daniel Sturridge menjaringkan gol pertama Liverpool.
> Perlawanan malam ini turut disaksikan oleh legenda bolasepak dunia Pele dan juga bekas pengurus United Sir Alex Ferguson.
> Pada minit ke-65, Mario Balotelli masuk mengantikan Moreno manakala Falcao mengantikan Herrera pada minit ke-81.
> Pada minit ke 93, United diberikan sepakan penalti tetapi Rooney gagal menyempurnakan peluang keemasan untuk menambahkan gol ketiga United.
> Perlawanan malam ini adalah yang ke-400 buat Wayne Rooney dalam Liga Perdana Inggeris.
> Sepanjang tempoh tersebut, dia telah menjaringkan 273 gol.
> Liverpool tidak tewas dalam 14 perlawanan terakhir di Anfield dengan menang tujuh kali dan seri tujuh kali.
> United menewaskan Liverpool 3-0 dalam perlawanan di Old Trafford Disember lalu.
Liverpool: Mignolet, Can, Skrtel, Sakho, Henderson, Allen, Moreno, Sterling, Lallana, Coutinho, Sturridge. Simpanan: Jones, Johnson, Toure, Gerrard, Lambert, Lucas, Balotelli.
Manchester United: De Gea, Valencia, Jones, Smalling, Blind, Carrick, Herrera, Mata, Fellaini, Young, Rooney. Simpanan: Valdes, Rafael, Rojo, Di Maria, Januzaj, A Pereira, Falcao.

Sumber : mstar.com
0 Komentar untuk "Manchester United Kekal Di Tangga Keempat Selepas Tumpaskan Liverpool"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info