BV

Angelina Jolie buang ovari elak kanser

Angelina Jolie

SELEBRITI terkenal Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan bahawa beliau telah menjalani pembedahan membuang ovari dan tiub fallopionya untuk mengelakkan kanser.

Pelakon dan juga penerbit filem membuat pengumuman itu hari ini dalam satu artikel yang dimuatkan di New York Times.

Beliau berkata, ujian darah yang dijalaninya menunjukkan mutasi dalam gen BRCA1 yang berisiko menghidap kanser sebanyak 87 peratus dan 50 peratus risiko menghidap kanser ovari.

Jolie berkata, pembedahan tersebut telah dilakukan minggu lalu dan menambah dia masih mempunyai rahim.

Katanya lagi, dia akan mencari jalan untuk mengukuhkan sistem imunnya untuk mencegah kanser.

Nenek, ibu dan ibu saudaranya meninggal dunia akibat kanser.

Sebelum ini, Angelina Jolie telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua payudaranya pada tahun 2013.



Sumber : sinarharian.com


0 Komentar untuk "Angelina Jolie buang ovari elak kanser"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info