BV

Juwie dirawat di HUKM

juwie-1

Bekas pengarang majalah Mangga, Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Salleh kini sedang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Dia memjalani pembedahan di sana dua hari lalu.
Juwie yang juga penulis lirik lagu-lagu cinta popular itu bersama daripada Utusan Karya Sdn. Bhd. dan memberikan tumpuan pada menguruskan jemaah yang mahu menunaikan umrah.
juwie-2Juwie menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada usus. Mangga Online doakan semoga Juwie segera sembuh.

Sebagai seorang penulis lirik, beliau amat dikenali dengan karya Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Bila Rindu Ku Sebut Namamu dan banyak lagi.
Antara artis yang mendapat sentuhan lirik beliau adalah seperti RamlahRam, Siti Fairuz, Nassier Wahab, Jamal Abdillah dan ramai lagi.
 Pada tahun 1988, Juwie memenangi anugerah Juara Lagu menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu hasil lirik oleh beliau sendiri sementara lagu ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan sekali lagu pada tahun 1991 menerusi gandingan bersama Rahim Othman untuk lagu Takdir dan Waktu nyanyian kumpulan Mega.
Juwie merupakan pemenang AJL yang pertama memenangi anugerah utama lebih dari satu kali.


Sumber : manggaonline.com
0 Komentar untuk "Juwie dirawat di HUKM"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info