BV

Suarez selar pengkritik Neymar

BARCELONA,Sepanyol - Penyerang Barcelona, Luis Suarez mempertahankan rakan sepasukannya, Neymar yang dituduh terlalu mementingkan diri sendiri dalam pertembungan El Clasico menentang Real Madrid awal pagi kelmarin.
Ayam tambatan dari Brazil itu dikritik kerana terlalu bersikap individualistik dan terdesak untuk menjaringkan gol.
“Neymar mempunyai peluang dan cuba melakukan tindakan penyudah. Namun, Neymar tidak berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan itu. Dia juga merupakan pemain penting dalam pasukan Barcelona. Saya berharap dia akan memenangi anugerah Ballon d’Or,” kata Suarez.
Perlawanan itu menyaksikan Barcelona mengungguli Liga Sepanyol dengan empat mata selepas Jeremy Mathieu dan Suarez menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut menewaskan pasukan bimbingan Carlo Ancelotti 2-1.
Suarez merupakan wira skuad The Catalan dalam perlawanan menentang musuh ketat pasukan itu apabila menjaringkan gol kedua untuk pasukannya itu pada minit ke-56.
Gol pertama Barcelona dijaringkan oleh Mathieu pada minit ke-19 sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan 12 minit kemudian.
Bagaimanapun, Suarez tidak begitu gembira dengan aksinya dalam perlawanan penting yang menjarakkan kedudukan pasukannya dengan Real Madrid dalam Liga Sepanyol.
“Saya mengalami kepenatan pada penghujung perlawanan dan telah melakukan kesilapan mudah. Nasib ternyata menyebelahi kami,” kata Suarez.
Dengan kemenangan itu, Barcelona mensasarkan untuk merangkul kemenangan trebel iaitu Liga Sepanyol, Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara.
Pasukan itu berjaya layak ke perlawanan akhir menentang Athletic Bilbao dalam perlawanan Piala Raja Sepanyol dan akan berdepan dengan Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara. - Agensi

NEYMAR dikritik hebat pada aksi El Clasico kerana dianggap mementingkan diri apabila terlalu ingin menjaringkan gol berbanding membuka peluang kepada rakan sepasukan lain.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz3VOA2si9Q 
Hakcipta terpelihara 

0 Komentar untuk "Suarez selar pengkritik Neymar"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info