BV

Fara Fauzana Hadapi Masalah Tidur?

Rutin hariannya setiap hari bermula seawal 4.00 pagi dan akan berakhir sekitar jam 11.00 atau 12.00 malam. Ini bermakna masa tidur Fara Fauzana hanya selama empat jam sahaja dalam masa sehari.
Merujuk fakta tersebut menunjukkan bahawa penyampai radio dan pengacara TV popular ini tidak mendapat tidur yang mencukupi memandangkan individu dewasa digalakkan untuk tidur sekurang-kurangnya selama tujuh hingga lapan jam sehari. Apakah Fara Fauzana menghadapi masalah tidur?
“Saya ni, selagi tak pukul 12.00 malam, memang tak boleh tidur. 
Fara Fauzana insert 1

“Jadi jumlah tidur saya dalam sehari lebih kurang empat jam sahaja kerana dalam pukul 4.00 pagi, saya sudah bangun untuk bersiap ke tempat kerja,” kata Fara kepada Mangga Online.
Fara ditemu bual selepas pengumuman perlantikannya sebagai Personaliti Pharmaton bersama Chef Sherson Lian di Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara Perdana, Selangor, semalam.
Menurut Fara atau nama sebenarnya, Fara Fauzana Mohd Fadzil, 35, kerjayanya sebagai penyampai program AM Krew di stesen radio Hot FM bermula pada jam 6.00 pagi.
Jadi dia perlu bangun tidur pada jam 4.00 pagi dan berada di pejabat pada jam 5.00 pagi untuk membuat persiapan sebelum ke udara tepat jam 6.00 pagi.
“Begitulah permulaan jadual seharian saya sejak sembilan tahun bersama Hot FM.
“Selepas itu, jadual saya akan dipenuhi dengan pelbagai aturcara termasuk tugasan sebagai pengacara program Muzik-Muzik dan undangan menjadi pengacara di sesuatu majlis serta menjadi penceramah di lokasi tertentu,” cerita Fara kepada Mangga Onlinelagi.
Keluar Peluh
Di celah-celah jadual hariannya yang padat itu, terselit sejam dua untuk dia mengeluarkan peluh dengan bersenam di gimnasium.
Tidak cukup dengan itu, pada sebelah malamnya pula, Fara akan melakukan aktiviti sukan kegemarannya termasuk badminton dan futsal.
“Sebelum ini, saya memang suka bermain futsal. Tapi kebelakangan ini, saya suka bermain badminton pula. Saya boleh habiskan masa dua jam berbadminton.
“Bagaimanapun, saya cuba untuk tidak terlalu excited semasa bersenam. Sebaliknya, biar badan saya terasa penat dan boleh membantu untuk saya tidur,” katanya.
Namun sebagai seorang yang sangat aktif, adakalanya Fara tetap sukar untuk masuk tidur awal.
Fara masih bertenaga untuk mengemas rumah apabila pulang ke rumah di waktu malam meskipun sehari suntuk sibuk dengan pelbagai aktiviti.
“Kalau nak tahu, saya ni memang suka mengemas rumah. Walaupun penat bekerja seharian, tapi bila balik ke rumah, saya masih boleh berkemas, mencuci baju dan melipat kain sebelum saya masuk tidur,” ceritanya.
Bukan ‘Kaki Tidur’
Mendengar cerita Fara yang cukup bertenaga ini jelas menggambarkan bahawa dia bukanlah seorang yang ‘kaki tidur’.
Maka, Mangga Online terpanggil untuk bertanyakan soalan berapakah jumlah masa tidur yang ideal untuk wanita seaktif Fara ini?
“Sebenarnya, Fara cuba adjust diri Fara untuk dapatkan tidur yang betul kerana selama ini, tempoh Fara tidur selama empat jam itu memang tidak mencukupi.
“Ya lah umur kita pun bukannya makin muda, jadi saya perlu menjaga tubuh saya agar cukup rehat. Kalau dapat tidur selama lima jam sehari pun dah ok bagi saya.
“Memandangkan saya ni sukar nak tidur selagi belum pukul 12.00 malam jadi saya cuba setkan jam awal sejam daripada waktu sebenarnya.
“Bila tengok jam pukul 12.00 malam, saya akan masuk tidur sedangkan waktu sebenarnya ialah pukul 11.00 malam.
“Tetapi untuk waktu bangun tidur pula, saya tidak akan percepatkan jam, sebaliknya saya tetap set jam pada pukul 4.00 pagi.
“Dengan cara ini, dapatlah saya tidur lebih sikit iaitu selama lima jam sehari,” ujarnya.
Fara Fauzana Pharmaton  Dua Personaliti Pharmaton yang baru, Chef Sherson Lian dan Fara Fauzana bersama Ketua Penjagaan Kesihatan Pengguna di Boehringer-Ingelheim Malaysia dan Singapura, Carmenza Alarcon.

Bagaimanapun Fara akui bahawa ‘power nap’ atau tidur seketika amat berkesan baginya untuk menghilangkan rasa mengantuk pada masa-masa tertentu di waktu siang.
“Saya sangat percaya kepada ‘power nap’. Saya hanya perlukan setengah jam sahaja untuk melelapkan mata terutamanya semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat.
“Apabila memasuki kereta, saya akan bertanyakan kepada pemandu saya tentang jarak perjalanan serta ada kesesakan jalan raya atau tidak. Kesempatan ini akan saya gunakan untuk ‘power nap’. Dapat tidur setengah jam pun dah memadai untuk buat saya rasa segar semula,” akuinya.
Selain itu, untuk memastikan tubuhnya segar dan bertenaga, Fara juga mulai menitik beratkan soal pemakanan.
Fara mengamalkan pengambilan multivitamin Pharmaton yang diakuinya banyak membantu dia menjalani aktiviti hariannya yang padat.
“Pemakanan yang betul dan tidur yang cukup juga merupakan langkah awal saya dalam mempersiapkan diri untuk mendaki Gunung Kinabalu dalam bulan April nanti,” kata Fara.
(Foto: Norazlina Othman)

Sumber : manggaonline.com


0 Komentar untuk "Fara Fauzana Hadapi Masalah Tidur?"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info