BV

Seks Di Balkoni Salah Jika Dilihat Orang Awam



SUSULAN penyebaran gambar aksi pasangan mengadakan hubungan seks di balkoni kediaman mereka yang dipercayai terletak di Bangsar South, bekas presiden Majlis Peguam, Yeo Yang Poh berkata perbuatan itu adalah salah di sisi undang-undang.

Walaupun mereka melakukan hubungan seks di balkoni rumah sendiri namun ianya dianggap salah sekiranya perbuatan mereka dilihat oleh orang ramai.
Memetik laporan The Rakyat Post Yeo berkata, “Tindakan itu menyalahi undang-undang iaitu berkelakuan tidak sopan termasuk berbogel.
“Jika mengadakan hubungan seks di dalam bilik ianya tidak salah tetapi sekiranya dilakukan sehingga dapat dilihat orang ramai, ianya salah kerana menganggu keadaan serta salah dari segi moral.
“Walaupun balkoni rumah adalah tempat peribadi tetapi ianya tidak boleh digunakan untuk perbuatan tidak sopan.”
Mengenai individu yang merakam perlakuan pasangan itu pula, Yeo mengatakan itu bukan satu kesalahan jenayah sebaliknya rakaman dan gambar tersebut boleh digunakan sebagai bahan bukti.
– MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Seks Di Balkoni Salah Jika Dilihat Orang Awam"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info