BV

Luahan Hati Gadis Yang Dinoda Semasa Tidak Sedarkan Diri

dirogol ketika tidur

Seorang wanita telah dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri apabila pergi mengambil bekas alat tulis miliknya yang tertinggal di tempatnya berkursus di Bukit Kiara. 

Wanita tersebut dikatakan baru selesai mengadakan berbincang dengan kawannya dan mahu pulang ke bilik sebelum mendapati bekas alat tulisnya tertinggal lalu pergi mendapatkannya.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 22 tahun menyedari dirinya diekori ketika menuju ke lif bangunan berkenaan sebelum tidak sedarkan diri apabila menoleh ke belakang.
“Mangsa sedar dua jam selepas itu dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap serta memegang bekas alat tulis miliknya itu di dalam lif berkenaan, seorang diri. Namun, mangsa yang masih kebingungan terus balik ke bilik penginapannya di bangunan sama sebelum berasa sakit di kemaluannya ketika membuang air,” katanya.
Mangsa telah buat laporan di Balai Polis Pantai pada keesokan harinya selepas mengesyaki dirogol sepanjang masa dia tidak sedarkan diri itu.


- See more at: katakcomel
0 Komentar untuk "Luahan Hati Gadis Yang Dinoda Semasa Tidak Sedarkan Diri"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info