BV

Demam ‘Watch Me Whip, Watch Me NaeNae’ Landa Malaysia

LAGU-lagu yang berentak catchy pastinya pantas meraih perhatian peminat-peminat dari seluruh dunia.

Yang terbaharu menjadi fenomena ialah lagu nyanyian Silento, rapper kelahiran Georgia, Amerika Syarikat yang berjudul Watch Me.

Apa yang menjadi kegilaan peminat lagu ini ialah gerak tari simple dan catchy yang diperkenalkan menerusi lagu tersebut.

Pelbagai gaya tarian ditunjukkan antaranya gaya Whip, NaeNae, Bop, Stanky Leg dan Superman.

Watch Me mula dimuat naik menerusi laman Youtube pada Januari lalu namun hanya baru-baru ini sahaja ianya menjadi fenomena di Malaysia.

Antara yang gemar menggayakan tarian ini ialah selebriti tempatan Hunny Madu dan ahli keluarganya.

Memang cool habis! – MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Demam ‘Watch Me Whip, Watch Me NaeNae’ Landa Malaysia"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info