BV

Nenek 53 Tahun Terima Padah Kerana Berkongsi Gambar Bogel

Nenek 53 Tahun Terima Padah Kerana Berkongsi Gambar Bogel | Seorang ibu tunggal berusia 53 tahun yang menghantar gambar bogelnya kepada seorang kenalan lelaki yang baru dikenalinya di Internet akhirnya menerima padah apabila lelaki tersebut mengugut akan menyebarkan gambarnya jika kemahuannya gagal dipenuhi.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Chew menyatakan lelaki tersebut, Benjamin Federico mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya jika tidak menyerahkan wang sebanyak USD5,000 ataupun RM16,000.

Dia berkenalan dengan lelaki itu menerusi satu laman temujanji online selepas melihat beberapa kawan-kawannya berjaya menemui jodoh di situ.

Gara-gara terlalu percaya dan cintakan Benjamin yang mendakwa dirinya seorang doktor haiwan yang tinggal di Kanada itu, Chew tanpa berfikir panjang terus menghantar gambar bogelnya kepada lelaki itu.

Malah Benjamin turut berjanji mahu mengahwini Chew setelah beberapa kali berbual di Internet dan berjanji untuk membawa Chew tinggal di Kanada selepas mereka berkahwin.

Sumber : katakcomel.my

0 Komentar untuk "Nenek 53 Tahun Terima Padah Kerana Berkongsi Gambar Bogel "

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info