BV

Tak Tahu Malu, Warga Emas Lakukan Seks Depan Restoran

BARANGKALI melakukan seks di tempat awam secara terbuka adalah trend abad ini?

Terbaharu, pasangan yang dipercayai berusia lewat 50an ditangkap kerana melakukan seks secara terbuka di atas bangku di luar restoran di Taipei, Taiwan.

Pada mulanya mereka berdua dilihat keluar lalu duduk di bangku luar selepas menikmati hidangan di sebuah restoran dan pemilik restoran beranggapan mereka hanya mahu merokok.

Walau bagaimanapun, apabila melihat pada kamera yang mengawasi restoran itu, dia mendapati pasangan tersebut sedang ghairah melakukan hubungan intim secara terbuka.

Segan serta janggal untuk menegur mereka, pemilik restauran menunggu selama 20 minit sehingga polis tiba untuk menghentikan perbuatan keji pasangan itu.

Baru-baru ini, video seks dalam bilik persalinan Uniqlo telah menjadi viral dan siasatan masih lagi dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Syfq

0 Komentar untuk "Tak Tahu Malu, Warga Emas Lakukan Seks Depan Restoran"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info