BV

Penjaga Kubur Dengar Jeritan Dari Kubur Seorang Wanita Yang Baru Ditanam

1

Seorang penjaga kubur terkejut apabila terdengar satu jeritan yang menakutkan datang dari sebuah kubur yang baru sahaja ditanam pada hari berkenaan lantas menghubungi pihak polis bagi memaklumkan perkara itu. 

Dia kemudiannya menggali semula kubur tersebut dan memecahkan keranda yang menempatkan seorang wanita yang telah meninggal dunia sebelum itu.
Namun difahamkan, mereka sudah terlambat dan wanita tersebut benar-benar mati kali ini. Wanita tersebut merupakan seorang pesakit kanser berusia 49 tahun dan dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit yang dihadapinya.
Pihak berkuasa hari ini turut mengesahkan kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Peraia manakala doktor yang mengesahkan kematian wanita terbabit, Chrissi Matsikoudi memberitahu pemberita, wanita tersebut sudah lama meninggal dunia dan mustahil untuk dikebumikan secara hidup-hidup.
“Kami telah menjalankan pelbagai ujian ke atasnya termasuk ujian kegagalan hati ke atas wanita tersebut,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu pihak keluarga wanita terbabit telah membuat laporan susulan daripada tindakan doktor yang mengesahkan kematian mangsa.



- See more at: katakcomel
0 Komentar untuk "Penjaga Kubur Dengar Jeritan Dari Kubur Seorang Wanita Yang Baru Ditanam "

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info