BV

Wanita Sumbat Bayi Baru Lahir Dalam Laci Di Tempat Kerja



Detroit -Rasakan….Seorang wanita yang bertindak kejam dengan melahirkan bayinya di dalam tandas di pejabatnya sebelum menyumbat bayi berkenaan ke dalam laci mejanya akhirnya didakwa di mahkamah kerana membunuh.
Wanita kejam itu, Kimberly Pappas, 25, juga didakwa menggunakan gunting untuk memotong tali pusat bayi lelaki yang dilahirkannya itu sebelum melemaskannya dengan cara memasukkan bayi itu dalam beg plastik dan mengikatnya dengan kuat.
Dia kemudiannya menyumbat bayi tersebut ke dalam laci mejanya selama 30 minit.
Perkara sebenar hanya diketahui selepas pencuci pejabat berkenaan menghubungi polis selepas melihat tandas di pejabat tersebut dipenuhi darah.
Pappas memberitahu doktor bahawa dia mengalami keguguran namun siasatan yang dijalankan mendapati dia telah melemaskan bayi tersebut sebaik sahaja dilahirkan.
Peguam bela Pappas memberitahu bahawa anak guamnya itu telah menjalani terapi untuk masalah mental.
“Saya tidak fikir dia memahami apa yang dilakukannya,” katanya.

- Mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Wanita Sumbat Bayi Baru Lahir Dalam Laci Di Tempat Kerja"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info