BV

Wanita Enggan Tutup Pintu Tandas, Penerbangan Ditangguh 3 Jam

Wanita Enggan Tutup Pintu Tandas, Penerbangan Ditangguh 3 Jam

Satu penerbangan Dragonair ke Beijing telah ditangguhkan sekitar tiga jam hanya disebabkan seorang penumpang wanita enggan menutup pintu tandas kabin ketika dia sedang membersihkan lampin anaknya. 

Penerbangan KA902 dengan muatan 277 penumpang itu pada mulanya dijadualkan berlepas dari Hong Kong jam 3 petang tetapi pesawat itu berlepas pada 17:50 dan tiba di Beijing pada 08:54.
Seorang penumpang dengan nama keluarganya Chan menyatakan ketika semua orang sedang duduk dan menunggu untuk berlepas, mereka telah terbau sesuatu yang kuat dari tandas.
Bau tersebut berpunca daripada anak seorang wanita yang dipercayai mengalami cirit-birit.
Wanita itu dikatakan telah menggunakan sinki dalam tandas untuk membersihkan punca kepada bau kuat tersebut yang dipercayai najis anaknya.
Dia menolak permintaan pramugari untuk menutup pintu tandas tersebut dan terlibat dalam pertengkaran dengan penumpang lain.
Susulan daripada kejadian itu, polis telah dipanggil dan kapten kapal tersebut terus mengarahkan ibu dan anaknya turun daripada pesawat tersebut.
Anak-anak kapal memerlukan masa untuk memunggah bagasi pasangan tersebut, dan syarikat penerbangan itu telah mengaturkan pekerja pembersihan untuk membersihkan tandas yang menjadi punca penerbangan tersebut ditangguhkan.
Seorang penumpang wanita yang melancong dengan anak diarah turun dari pesawat kerana tingkah laku beliau di atas dianggap tidak sesuai dan atas sikap beliau enggan memberikan kerjasama.



- See more at: katakcomel
0 Komentar untuk "Wanita Enggan Tutup Pintu Tandas, Penerbangan Ditangguh 3 Jam"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info