BV

Kisah Benar Remaja 14 Tahun Lakukan Seks Dengan Lapan Lelaki



Seorang gadis telah mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki yang sebaya dengannya di rumah kedua-dua keluarga mereka seawal berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy yang kini sudahberusia 16 tahun mengaku pernah tidur dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.
Kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu dia sering melakukannya apabila ada kesempatan.
“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.
“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya.
Dia menjadikan budaya ponteng sekolah, melepak bersama rakan dan bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.
“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.
“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.
Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.
“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.
Sebelum dirinya disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dirinya adalah antara pelajar bermasalah di sekolah.
Oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.
“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.
Dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.
“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.
“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” tambahnya lagi.
Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.
“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.
“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” ujarnya.

- See more at: katakcomel
0 Komentar untuk "Kisah Benar Remaja 14 Tahun Lakukan Seks Dengan Lapan Lelaki"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info