BV

(Menarik!) Koleksi Haiwan Yang Pelik

Sangat banyak sebenarnya haiwan pelik yang boleh ditemui di dunia ini. Buktinya, banyak artikel yang Melayukini.net siarkan, semuanya berkisar tentang haiwan yang kita sendiri tidak pernah melihatnya. Terdapat ratusan juta jenis spesis haiwan dalam dunia. Daripada sekecil-kecil serangga hingga sebesar-besar gajah dan paus. Banyak yang dah manusia jumpa dan ketahui, tapi tak dinafikan, masih ada yang baru dijumpai dan dianggap pelik dan aneh rupanya. Jom layan gambar haiwan pelik di bawah ini.
Axololt
Spesis salamander yang berasal dari Mexico
Eye-Eye
Spesies terancam dari Madagascar yang mempunyai gigi seperti tikus dengan jari yang panjang, dan mempunyai sama ekologi seperti burung belatuk. Ia adalah primat pada waktu malam yang terbesar di dunia.

Blobfish
Ikan laut dalam yang menghuni perairan sekitar Australia dan Tasmania.
Dumbo Octopus
Spesies sotong yang menyerupai gajah terbang ini hidup di laut dalam
Emperor Tamarin
Tinggal di barat daya Amazon Basin, Peru di timur, utara Bolivia dan di negeri-negeri barat Brazil Ekar dan Amazonas. Bulunya berwarna kelabu, dengan sedikit kekuningan di dada.
Hagfish
Hagfish menjadi perdebatan kerana ia tergolong dalam keturunan yang jauh lebih primitif daripada mana-mana kumpulan ikan. Menghasilkan lendir sebagai pertahanan diri menyebabkan saintis menamakan Hagfish sebagai haiwan paling menjijikkan diantara semua makhluk laut.
Komondor Dog
Spesies anjing yang mempunyai jumlah bulu paling banyak dalam keluarga kanine/serigala.
Pygmy Marmoset
Spesies monyet kerdil yang berasal dari kanopi hutan hujan Brazil barat, tenggara Colombia, Ecuador timur, dan timur Peru.


- See more at: katakcomel
0 Komentar untuk "(Menarik!) Koleksi Haiwan Yang Pelik"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info