BV

Kisah Misteri Patung Pengantin Hidup La Pascualita



Jika anda melihat patung pengantin yang diberi nama La Pascualita, pasti mengatakan ia antara yang tercantik pernah dilihat di butik pakaian.
Dengan bola mata yang bulat dan bersinar serta raut wajah yang menarik, patung ini mampu menarik sesiapa sahaja yang memandangnya.
Penduduk di sana percaya patung yang mula dipertontonkan di khalayak ramai pada tahun 1930 dengan busana pengantin itu sebenarnya adalah seorang gadis. Ada juga yang mengandaikan ia sebagai pengantin yang mati akibat sumpahan.
Teori ini wujud kerana bahagian tangan dan jari-jemari La Pascualita tampak hidup dengan adanya garisan pada tapak tangan. Urat nadi juga turut kelihatan pada bahagian kaki patung tersebut.
Akhirnya, tersebarlah khabar angin yang mengatakan bahawa La Pascualita sebenarnya anak gadis kepada pemilik butik yang bernama Esparza yang maut akibat digigit labah-labah beracun pada hari perkahwinannya.
Mayat gadis tersebut kemudiannya diawet dan dipakaikan pakaian pengantin oleh Esparza.
Teori ini tambah menarik apabila pelbagai cerita seram yang berkaitan dengan La Pascualita tersebar termasuklah ia sering berubah posisi dengan sendirinya pada waktu malam.
Bagaimanapun, kajian oleh sebuah muzium menafikan dakwaan itu atas alasan mustahil mayat manusia yang diawet boleh kelihatan terlalu sempurna.
Ternyata kajian tersebut tidak mampu menyekat orang ramai dari terus berkunjung ke butik tersebut bagi melihat patung unik itu sehingga ke hari ini.

- See more at: katakcomel
0 Komentar untuk "Kisah Misteri Patung Pengantin Hidup La Pascualita"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info