BV

Jangan Takutkan Anak

Jangan takutkan anak

Tanpa sedar ibu bapa menggunakan pendekatan menakutkan anak untuk mendapatkan perhatian mereka. Ini juga antara kaedah yang banyak digunakan oleh ibu bapa bagi membolehkan anak mendengar kata. Mengapa ibu bapa tidak boleh takutkan anak? Ikuti kaedah terbaik untuk mendapatkan perhatian anak. Masih lagi menggunakan pendekatan menakutkan, namun cara ini lebih positif.
 
 
1. Takutkan dengan haiwan
Ada perkara yang ditakutkan kepada anak-anak ini boleh memberi kesan yang baik. Tetapi ada juga perkara yang tidak perlu ditakutkan. Misalnya, ibu bapa menakutkan anak-anak tentang ular atau harimau yang bergigi taring.
 
Pendekatan sebegini dilakukan dengan tujuan untuk mengingatkan kepada anak tentang bahaya ular atau harimau. Namun, sekiranya perkara yang ditakutkan itu berkaitan dengan hantu atau gambaran yang menakutkan, ia sebenarnya tidak digalakkan.
 
 
2. Takutkan anak dengan peringatan sebenar
Ibu bapa perlu memberi ingatan yang sebenar kepada anak-anaknya. Bukan dengan menakut-nakutkan dengan cerita atau gambaran hantu. Terangkanlah dengan sebenar. Misalnya, waktu Maghrib tak elok keluar rumah kerana syaitan berkeliaran pada waktu senja. Sebaiknya anak-anak digalakkan duduk di dalam rumah untuk bersolat atau mengaji.
 
 
3. Takutkan anak akibatkan hilang keyakinan diri 
Ibu bapa yang menakutkan anak-anak, dalam jangka masa panjang akan menyebabkan anak-anaknya itu menjadi seorang yang penakut. Tindakan sedemikian juga boleh menyebabkan anak mengalami hilang keyakinan dalam diri mereka. Sebab itulah, walau ke mana saja mereka pergi pasti mereka mahu berteman.
 
 
4. Fahami fitrah anak-anak
Pada usia bayi lagi sebenarnya kanak-kanak sudah mempunyai rasa takut. Ini boleh dilihat apabila ada orang asing mahu mendekati atau mahu mengambilnya daripada ibu atau ayah, anak ini akan menangis. Ada juga yang menangis kerana ditinggalkan ibu dan ayah di taska. 
 
Oleh sebab itulah ibu bapa perlu fahami emosi anak kecil. Kenal pasti apa yang ditakutinya, sama ada takutkan suasana gelap, takutkan orang asing atau perkara-perkara seumpamanya yang menyebabkan ketakutan kepada anak kecil itu.
 
 
5. Tukar takutkan kepada ganjaran(reward)
Pendekatan ganjaran atau pemberian hadiah atau pujian setiap kali mereka mendengar kata juga boleh dipraktikkan. Ibu bapa berikan kata pujian melalui pelukan dan sekali sekala dengan hadiah dalam bentuk material.
 
Boleh juga menggunakan teknik jadual peneguhan. Misalnya setiap kali menengar kata, mereka akan mendapat 1 bintang. Sekiranya mereka mendapat 20 bintang dalam seminggu, mereka akan mendapat ganjaran. Lama kelamaan, mereka dengan sendiri akan menurut apa yang dikatakan oleh ibu bapa. Kemudian, ibu bapa boleh mengurangkan ganjaran itu sedikit demi sedikit.



Sumber : mingguanwanita.karangkraf.com
0 Komentar untuk "Jangan Takutkan Anak"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info