BV

Warga emas trauma lihat pesawat terhempas atas rumah anak


LANGKAWI: Seorang warga emas dikatakan secara tiba-tiba meracau atau bercakap tidak keruan akibat trauma apabila melihat sebuah pesawat Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ke atas rumah anaknya di Kampung Gelam, Mukim Kedawang di sini.



\











Nahas itu berlaku hanya 10 meter di depannya.
Berikutan itu, Abu Mutalib Said, 70, terpaksa dimasukkan ke Hospital Langkawi kerana mengalami trauma psikologi.
"Mangsa melihat sebahagian pesawat jatuh ke atas rumah dua anaknya dan meletup sebelum terbakar di depan matanya, mengakibatkan dia mengalami trauma yang serius," kata Pakar Perunding dan Penasihat Perubatan Kecemasan LIMA'15, Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah.
Beliau berkata, susulan itu mangsa dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan 'critical insiden stress management' (CISM).
"Kami melakukan rawatan CISM termasuk terapi pernafasan bagi mengurangkan tekanan dan mangsa kini sedang tidur dengan tenang tanpa tiada kecederaan fizikal padanya," katanya.
Dua pesawat aerobatik Jupiter Aerobatic Team milik AU-TNI terhempas dalam kejadian 2.04 petang selepas dipercayai bergesel di udara ketika melalukan latihan sebelum menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 di sini.
Sebuah daripadanya terhempas ke atas rumah anak mangsa.
Dr Abu Hassan berkata, anggota keluarga mangsa yang lain turut ditenangkan serta diberi kaunseling.
"Kita akan tahan mangsa buat sementara di wad untuk mengadakan rawatan lanjut. Apa-apa pun kita bersyukur kerana tiada orang di dalam rumah berkenaan ketika kejadian," katanya.
- BERNAMA
0 Komentar untuk "Warga emas trauma lihat pesawat terhempas atas rumah anak"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info