BV

Kate Winslet tolak botox!

Bintang filem Titanic, Kate Winslet enggan mengambil suntikan botox untuk kelihatan muda. Sebaliknya, aktres yang bakal mencecah usia 40 tahun pada Oktober depan itu sudah bersedia mempunyai kedutan pada wajahnya.
"Saya tidak boleh lari daripada kedutan apabila tua. Saya rela kedutan itu kekal di wajah daripada menghapuskannya menggunakan suntikan," kata Winslet.
Meskipun begitu, Winslet mengakui yang dia masih memerlukan bantuan untuk mengekalkan keremajaan kulitnya.
"Serum kecantikan merupakan magis untuk wanita. Saya hanya meletakkan serum pada wajah sebelum bersolek atau memakai pelembap dan hasilnya sangat menakjubkan. Saya akan berusia 40 tahun tidak lama lagi, oleh itu saya harus menggunakan segala bantuan kecantikan untuk kelihatan muda, kecuali suntikan," jawabnya.
Tambah ibu kepada tiga orang anak itu, dia tidak melihat usia 40 tahun sebagai tua tetapi merupakan permulaan dalam sesebuah kehidupan.
"Saya akan menginjak usia 40 tahun tidak lama lagi dan sudah bersedia untuk menghadapi cabaran baharu. Dalam hati memanglah mahu kekal muda tetapi saya terpaksa terima hakikat bahawa semua orang akan menjadi tua," tuturnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz3Uho0kOyw 
Hakcipta terpelihara 
0 Komentar untuk "Kate Winslet tolak botox!"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info