BV

Sakinah: Saya terima risikonya

Sharifah Sakinah

MEKSIPUN pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, namun pelakon berusia 26 tahun ini sentiasa menjadi tumpuan peminat seni.

Terbaru, dia mendapat kritikan hebat apabila tampil dengan aksi agak seksi sebagai penghias sebuah majalah tempatan baru-baru ini.

Menerusi gambar tersebut, Sharifah Sakinah telah mendedahkan sebahagian pahanya dan memperlihatkan gayanya yang agak 'daring'.

Bercakap mengenai hal itu, empunya nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar berkata, dia tidak mahu mengambil pusing mengenai kata-kata orang.

"Sebagai artis memang kita akan sentiasa diperhatikan. Adakala buat perkara baik pun salah di mereka, inikan pula perkara seumpama ini.

"Bagi saya, imej seksi atau apa pun, tidak menjadi isu. Apa yang penting saya tahu tanggungjawab.

"Nak terbuka ke, tertutup ke, saya akan terima risikonya kerana saya yang berani tampil sedemikian," katanya.

Jelasnya, dia juga tidak kisah dengan pandangan dan komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

"Kalau nak fikir kata orang sahaja, tidak ke manalah jawabnya.

"Saya ada pendirian, apa yang rasa betul, saya akan buat," katanya.

Mengulas lanjut mengenai pandangan tunangnya, Aliff Adha Jamil, 27, ujar Sakinah, bakal suaminya itu menerima dan mengenali dia seadanya.

"Daripada mula-mula kami berkawan pun saya begini. Jadi apa yang berlaku pada saya sekarang dia sudah boleh terima," katanya.




Sumber : sinarharian.com
0 Komentar untuk "Sakinah: Saya terima risikonya"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info