BV

Kehidupan Irma & Redza Mula Berubah?

Irma dan Redza

Meski dikurniakan sepasang cahaya mata, ternyata tumpuan dan perhatian Irma Hasmie Ibrahim tetap sama terhadap Redza Syah Azmeer.

Maka jelas Irma, setiap hari yang berlangsung dalam hidupnya adalah hari penting buat keluarga mereka.

“Anak-anak itu adalah amanah dari Allah SWT sementara suami itu pula tanggungjawab yang wajib bagi seorang isteri. Kebajikan suami perlu diutamakan terlebih dahulu.

“Jadi, setiap kali selesai tugasan kerja, fokus saya terus kepada keluarga dan aktiviti bersama keluarga. Untungnya Redza adalah masih sama seperti dahulu. Tiada sebarang perubahan.

“Alhamdulillah, dia adalah orang yang sama saya kenal dari hari pertama kami dipertemukan. Walaupun seorang yang sentiasa mengatur percakapannya secara lembut, dia sebenarnya sangat tegas terutama dalam hal mendidik.” kongsi Irma.

Menyedari suami tercinta penuh dengan cita-cita dan semangat yang tinggi, Irma bersyukur suaminya itu sangat prihatin dengan apa jua situasi yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Bagi Redza pula, kehidupan mereka mulai berubah selepas kelahiran Irfhan.

“Kehidupan berumah tangga itu adalah indah. Selain daripada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, ia adalah amanah Allah SWT untuk menjaga dan mendidik isteri serta anak-anak. Jika dahulu saya fokus kepada Irma yang mana kami bercinta selepas bernikah dan dalam masa sebulan, mengetahui Irma hamil, ia bertukar dari ‘dating’ kepada menjaga isteri yang mengandung.

“Pelbagai kenangan manis selama sembilan bulan dan selepas Irfhan dilahirkan, bermulalah tugas kami sebagai ibu bapa pula. Setiap hari adalah pengalaman baru, cara mempersiapkan, cara menidurkan dan cara membelai Irfhan, kami lebihkan masa untuk lihat dia membesar serta mempelajari perkembangan bayi.

“Rasa bahagia berkeluarga itu berseri dengan kehadiran Irma Nur Naylie selepas Irfhan berusia lapan bulan. Naylie sangat berbeza dengan Irfhan jadi kami seolah-olah mempelajari sesuatu yang baru. Penat menguruskan mereka tapi kami syukur dan puas hati,” cerita Redza

Sedikit perkongsian cerita bahagia Irma dan Redza dalam keluarga kecil mereka. Bagaimana pasangan ini mengekalkan tanggungjawab sebagai suami isteri walaupun masing-masing bekerjaya? Anda boleh ketahui lebih jelas rahsia berumahtangga Irma dan Redza dalam mendidik anak-anak menerusi majalah Mingguan Wanita isu 1635, keluaran 20 Mac yang sudah ada di pasaran hari ini. 



Sumber : mingguanwanita.karangkraf.com
0 Komentar untuk "Kehidupan Irma & Redza Mula Berubah?"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info