BV

KEKASIH TAK CEMBURU ADIRA BERSATU SEMULA DENGAN HAFIZ

hafiz

Selepas berduet menerusi lagu 'Ombak Rindu', dua penyanyi popular, Adira dan Hafiz kembali bekerjasama apabila berduet menerusi lagu 'Untuk Cinta' yang juga merupakan soundtrack untuk filem 'Pilot Cafe'.
 
Memetik laporan Sinar Harian, Adira berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama bersama Hafiz yang diketahui umum merupakan bekas kekasihnya suatu ketika dahulu. 
 
Adira menambah, kekasihnya, Shahrul Nasrun juga memahami dan tidak cemburu apabila mereka digandingkan semula.
 
"Saya tidak ada masalah dan senang bekerjasama dengannya, malah Hafiz juga amat membantu dalam memberi idea apabila kami menjalani penggambaran.
 
"Malah lagu ini juga sudah dirakamkan lebih setahun lalu, bersama-sama. Apa yang menjadi fokus dan keutamaan kami adalah memberi yang terbaik untuk lagu ini. Keserasian kami juga masih sama macam dulu, malah kali ini kami buat lebih baik daripada lagu Ombak Rindu," ujar Adira.


Sumber : mediahiburan.karangkraf.com
0 Komentar untuk "KEKASIH TAK CEMBURU ADIRA BERSATU SEMULA DENGAN HAFIZ"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info