BV

Aamir Khan belum puas berlakon




Mengabdikan diri selama hampir 25 tahun dalam industri lakonan, tentunya banyak sumbangan yang ditaburkan aktor Aamir Khan sepanjang mewarnai industri perfileman Bollywood.
Terkenal dengan variasi watak aksi dan komedi, Aamir Khan terus melebarkan sayap dalam bidang pengarahan sehingga pemerhati industri seni Bollywood menyifatkan aktor itu sebagai pelakon paling berjaya dalam sejarah industri di sana.
Di sebalik kejayaan manis yang dikecapi, Aamir yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-50 pada 13 Mac lalu mengakui, dia tidak pernah puas berlakon. Aktor filem PK itu merasakan, dia masih belum berjaya sepenuhnya dalam bidang seni yang menjadi darah dagingnya itu.
“Saya masih merasakan umur saya seperti remaja yang berumur 18 tahun dan masih belajar dalam bidang seni, malah, saya tidak pernah merasa puas dengan apa yang dikecapi sebelum ini,” ujarnya pada satu majlis meraikan ulang tahunnya yang disambut bersama media di Mumbai, India baru-baru ini.
Sepanjang perjalanan seninya, Aamir menyajikan penonton dengan pelbagai filem pecah panggung termasuk Qayamat Se Qayamat Tak, Hum Hain Rahi Pyar Ke, Sarfarosh, Lagaan, Rang De Basanti, Fanaa, Ghajini, 3 Idiots dan Talaash.
Filem Taare Zameen Par menjadi titiktolak peningkatan karier Aamir apabila watak guru yang dilakonkan olehnya mendapat pujian seluruh pengkritik industri filem Bollywood.
Dikenali sebagai seorang yang sangat cerewet dan mementingkan kesempurnaan khususnya tentang seni, Aamir Khan kini dalam proses persiapan untuk menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul Dangal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz3UdIn6w40 
Hakcipta terpelihara 
0 Komentar untuk "Aamir Khan belum puas berlakon"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info