BV

Terkini keadaan juruterbang Kapal Jupiter, Indonesia


Kuala Lumpur : Kedua-dua juruterbang daripada pasukan Aerobatik Jupiter, Indonesia disahkan terselamat selepas pesawat berkenaan hilang kawalan ketika latihan aerobatik sempena Pameran Angkasa dan Maritim Langkawi 2015 (LIMA '15) di Kendawang, Pulau Langkawi, Kedah.
Dalam kejadian 2 petang ini, dua pesawat jenis Wongbee buatan Korean Aerospace Industry (KAI), Korea Selatan itu dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dan mengakibatkan kedua-duanya terbakar di udara.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan sebentar tadi, memaklumkan kedua - dua pesawat itu musnah namun juruterbang berjaya keluar menerusi kerusi lenting.
“Kedua-dua juruterbang itu berada dalam keadaan selamat dan ditemui di Kedawang yang terletak 11.3 kilometer dari tempat pameran LIMA ’15 oleh pasukan mencari dan menyelamat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Mereka ditemui dalam masa singkat sejurus selepas nahas itu berlaku dan dihantar ke Hospital Langkawi untuk tujuan pemeriksaan dan pemerhatian lanjut,” katanya.
Enam pesawat jenis Wongbee milik pasukan Aerobatik Jupiter,Indonesia berada di Langkawi untuk menyertai pameran LIMA ‘15 yang akan berlangsung pada 17 hingga 21 Mac ini.
0 Komentar untuk "Terkini keadaan juruterbang Kapal Jupiter, Indonesia"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info