BV

Histeria Gara-Gara Permainan Video

Video Histeria Gara-Gara Permainan Video | Benar kata orang, apabila sudah terlalu taksub dengan permainan video, kita akan menjadi leka dan lalai sehingga merasakan kita sememangnya sedang berada di dalam dunia maya itu.

Video yang kami kongsikan kepada anda ini merupakan antara kesan akibat terlalu asyik menggunakan gajet permainan video, Oculus Rift.

Ia merupakan set kepala yang berfungsi sebagai helmet yang menayangkan visual permainan video, seolah-olah kita sedang bergerak melaluinya.

Kebanyakan mereka yang menggunakannya akan mempamerkan pelbagai emosi termasuklah berasa gayat, takut dan cemas walaupun sebenarnya mereka hanya berada di hadapan komputer atau televisyen.

Saksikan reaksi lelaki ini yang hampir histeria tatkala diusik oleh rakannya sehingga terpaksa ditenangkan oleh para pekerja dan orang ramai.

- See more at: katakcomel.my

0 Komentar untuk "Histeria Gara-Gara Permainan Video"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info