BV

Lelaki Selamatkan Budak Tergantung Di Tingkap Rumah

VIDEO ini memaparkan detik cemas yang dihadapi oleh seorang budak lelaki apabila kepalanya tergantung di gril tingkap apartmennya yang berada di tingkat 3.

Budak lelaki yang berusia 4 tahun itu telah diselamatkan oleh seorang lelaki yang tinggal selang beberapa blok dari tempat kejadian yang terletak di Yixing, wilayah Jiangsu.

Video --> https://youtu.be/kGiOZsYrM0U

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bergegas mengetuk pintu rumah budak itu namun mereka mendapati tiada orang di dalam rumah tersebut.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Huang Wei itu telah bertindak dengan pantas dan berani telah memanjat bangunan itu melalui batang paip apartmen tersebut tanpa ragu-ragu.

Budak malang itu dimasukkan semula melalui tingkap rumahnya selepas ibu bapanya pulang.

Entah kenapa ibu bapa zaman sekarang begitu ‘bijak’ sanggup meninggalkan anak kecil keseorangan di rumah, mujur tiada perkara lebih buruk yang boleh mengundang maut berlaku. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Lelaki Selamatkan Budak Tergantung Di Tingkap Rumah"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info