BV

Lelaki Cuba Jual Bayi Sama Macam Jual Baju

BRITAIN – Gila.. lelaki ini mahu menjual bayi umpama menjual baju.

Dia sanggup masuk dari satu kedai ke kedai yang lain dan menjerit di khalayak ramai untuk menjual bayi yang dibawanya pada harga RM6,000.

Dia sekurang-kurangnya telah mendekati tiga orang untuk bertanyakan sama ada mereka mahu membeli bayi tersebut.

Ia menyebabkan penduduk berhampiran Barton Avenue di Manchester terkejut lalu memaklumkannya kepada polis.

Mereka turut memuat naik dalam Twitter gambar lelaki berkenaan.

Susulan itu polis telah bertindak dengan menangkap lelaki itu atas tuduhan penganiayaan kanak-kanak.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui hubungannya dengan bayi tersebut dan apa yang mendorongnya berbuat demikian.

Bayi berusia tiga bulan itu bagaimanapun selamat. – MYNEWSHUB.CC


0 Komentar untuk "Lelaki Cuba Jual Bayi Sama Macam Jual Baju"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info