BV

Tikus Gergasi Kecohkan Alam Siber UK

LONDON – “Saya sangkakan ia adalah kucing, tetapi sebenarnya binatang ini adalah tikus gergasi,’’ kata Aaron Slade, 33 tahun, yang nyata terkejut dengan tikus yang ditangkap di rumah kakaknya di Southend, Essex.

Beliau berkata demikian selepas ramai yang mempertikaikan gambar tikus gergasi tersebut yang telah dimuat naik dalam media sosial minggu lepas.

Kebanyakan netizen bagaimanapun menyifatkan ia sebagai gambar palsu.

Slade namun berkata ia merupakan gambar betul yang dirakamkan sebaik sahaja tikus itu ditangkap dan dibunuh oleh pekerja kawalan serangga perosak.

“Tikus ini mempunyai bulu yang panjang gigi yang menakutkan. Semua orang terkejut selepas tikus berkenaan ditangkap kerana ia sebesar saiz seekor kucing dewasa.

“Pada mulanya kami sangkakan ia adalah kucing yang telah mati,’’ katanya.

Jelas Slade, tikus itu ditemui di dalam tanah di halaman rumah kakaknya. Mereka memangil pekerja kawalan serangga tempatan selepas seorang jiran melihat benda bergerak di kawasan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Tikus Gergasi Kecohkan Alam Siber UK"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info