BV

‘Sampai Hati Kau Tipu Aku Rahman!’

‘Sampai Hati Kau Tipu Aku Rahman!’ | Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Azizi Rashidah Abd Rashid mendakwa dirinya telah mengalami kerugian wang tunai pada Jun yang lepas oleh seorang lelaki.

Lelaki yang menipunya itu mempunyai perwatakan baik, kelihatan sopan santun ini adalah manusia bertopengkan syaitan.

Dia berkenalan dengan sahabat saya, berkawan dan menunjukkan keikhlasan untuk berkahwin. Lalu dia berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga mangsa sebelum melarikan wang tunai serta gelang emas milik mangsa.

Dia bawa sahabat saya ke pusat beli-belah Mid Valley. Konon-kononnya nak membeli barang kemas untuk hantaran merisik. Dia buat helah suruh sahabat saya buka gelang emas dan letak di dalam handbag, tinggalkan semua itu di dalam keretanya.

Di dalam handbag itu ada purse yang berisi wang tunai sebanyak RM1,000+ bersama dengan beberapa dokumen penting yang lain.

Lelaki itu membawa mangsa ke Coffee Bean, namun mangsa disuruh menunggu lelaki itu seketika kerana dia hendak menjemput kakaknya yang juga berada di Mid Valley.

Malangnya lelaki itu terus lesap dan tidak muncul lagi selepas itu. Telefon bimbit pula dimatikan.

Jumlah kerugian tidaklah banyak mana dan alhamdulillah sahabat saya tidak diapa-apakan. Cuma terkilan, sampainya hati lelaki itu memainkan perasaan orang tua yang berharap sangat untuk melihat anak perempuan mereka berkahwin.

Sahabat saya bukan orang senang, mak dan ayahnya sudah tua dan tidak sihat. Tak kasihan ke tengok orang tua itu? Kau tak ada mak bapak ke apa?

Dari gaya percakapan dan bahasa badan yang natural, saya yakin ini memang kerja full time atau part time dia. Sebarkan, agar tiada lagi wanita serta ibu bapa mereka kecewa kerana tertipu dengan makhluk ini.

- See more at: katakcomel.my

0 Komentar untuk "‘Sampai Hati Kau Tipu Aku Rahman!’"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info