BV

3 Kes Pelik Akibat Seks Terlampau



Seks sememangnya boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan jika dibuat dengan betul. Tetapi, ada tiga kes pelik yang melibatkan aksi seks yang terlampau. Mari kita terjah kisah di bawah ini. 



Kes pertama berlaku di Tionghoa, China di mana seorang wanita muda dilaporkan menjadi tuli setelah bercium dengan kekasihnya. Ciuman dari lelaki itu yang sangat ganas dan ‘menyedut’ dengan kuat menyebabkan gegendang telinga wanita muda itu pecah dan hilang indera pendengarannya. 

Kes kedua pula berlaku di Selandia apabila seorang perempuan dihantar ke hospital selepas mengalami kelumpuhan pada bahagian kiri badannya secara tiba-tiba. Doktor yang memeriksa pada mulanya tidak mengetahui penyebab kelumpuhan tersebut sehinggalah doktor itu menemui bekas lovebite di bahagian leher perempuan itu. 

Lovebite itu dilakukan di leher dekat bahagian arteri (saluran darah) utama. Ini menghalang peredaran darah dan mengganggu proses saraf menyebabkan perempuan itu mengalami kelumpuhan ringan. 



Kes ketiga ini pula berlaku terhadap seorang perempuan di India, setelah penyakit batuknya tidak sembuh selama setengah tahun, akhirnya dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan telah mengejutkan doktor yang memeriksanya kerana terdapat satu kondom di dalam paru-paru perempuan itu. Doktor itu yakin bahawa kondom itu yang menyebabkan batuk dalam tempoh yang lama. 

- See more at: katakcomel.my
0 Komentar untuk "3 Kes Pelik Akibat Seks Terlampau"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info