BV

Kemaluan Tersekat Dua Hari Di Paip

Kemaluan Tersekat Dua Hari Di Paip

Seorang lelaki warga China terpaksa menahan perasaan malu yang teramat sangat apabila kemaluannya tersekat pada sebatang paip selama dua hari.
Apa yang pelik, lelaki yang dikenali sebagai Lian Tien memberikan alasan yang mungkin paling pelik di dunia mengenai punca insiden itu dengan mengatakan dia sedang mengecat dinding dalam keadaan berbogel dan kemudiannya tergelincir menyebabkan kemaluannya termasuk ke dalam paip.
“Cuaca agak panas, jadi saya mengecat dinding dalam keadaan berbogel, dan saya tergelincir di lantai menyebabkan kemaluan saya terjatuh ke dalam paip,” katanya
Lelaki berusia 61 tahun itu menyatakan kemaluannya tersekat di dalam sebatang paip yang digunakan untuk mengambil air dari unit penyaman udara bangunan itu.
Tetapi dia merasakan tiada sesiapa pun yang akan percaya ceritanya itu menyebabkan dia membiarkan keadaan itu berlarutan selama dua hari sehingga dia mengalami demam panas dan menghubungi doktor.
Doktor itu kemudiannya mencadangkan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.
“Lelaki itu terpaksa berhadapan dengan perkara tersebut dan tidak apa yang boleh kita lakukan, dan kita terpaksa meminta bantuan,” kata doktor yang membantu menyelamatkannya.
Pasukan bomba di bandar Quanzhou mengambil masa empat jam untuk memotong paip di bahagian kemaluan lelaki itu tersekat.
“Saya fikir tiada seorang pun yang akan mempercayai saya dan saya cuba semua cara yang saya fikirkan untuk mengeluarkan kemaluan saya yang tersekat.
“Saya cuba memotong paip itu dari dinding dan cuba untuk meletakkan minyak dan cecair sabun di bahagian dalam paip itu tetapi kemaluan saya begitu ketat tersekat menyebabkan tiada sebarang perubahan.
“Saya tidur dan fikir sekiranya saya berehat dan bertenang, ia mungkin akan tertanggal dari paip. Saya kemudiannya berasa panas seperti hendak demam. Saya begitu bimbang yang saya mungkin akan mendapat jangkitan yang teruk,” tambah lelaki itu lagi.

- See more at: katakcomel.my
0 Komentar untuk "Kemaluan Tersekat Dua Hari Di Paip"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info