BV

Lelaki Ini Jual Buah Zakarnya Kerana …



Seorang penyair yang bernama Rafael Medina Brochero telah menjual buah zakarnya dengan harga RM62,000 bagi membolehkan dia membiayai perjalanannya ke Eropah.
Beliau berbuat demikian bagi membolehkannya mengambil bahagian dalam persembahan `sajak untuk keamanan di Columbia’.
Brochero bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kos pembedahan bagi membuang buah zakar itu termasuk dalam bayaran yang diterima itu.
Jelasnya, buah zakar berkenaan boleh digunakan untuk pemindahan organ dan ia juga dijadikan sup.
Meskipun ia dilihat sebagai cara paling terdesak untuk mendapatkan wang, namun Brochero melihatnya sebagai satu nilai tambah baginya.
Brochero melakukan perkara itu kerana tidak mahu kejadian sama berulang ketika dia melawat Bolivia tahun lalu.
Akibat kehabisan wang, dia terpaksa menjual cincin perkahwinannya.

- See more at: katakcomel.my
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Jual Buah Zakarnya Kerana …"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info