BV

Biodata Dan Gambar Bakal Isteri Zizan Razak

zizan razak

Biodata Dan Gambar Bakal Isteri Zizan Razak | Pelawak terkenal, Zizan Razak mendedahkan dirinya bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis piihan hatinya berusia 24 tahun yang berasal dari Kuala Terengganu. 

“Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.

“Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.
“Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,” katanya.
Teraju utama filem Cicakman 3 itu berseloroh menyatakan bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelihatan cantik serta menghormati kedua ibu bapanya yang membuatkan Zizan Razak berkenan di hati.

Biodata bakal isteri Zizan Razak

Nama : Dirahsiakan
Umur : 24 Tahun
Agama : Islam
Asal : Kuala Terengganu
Pekerjaan ; Dirahsiakan
Pendidikan : Dirahsiakan
- See more at: http://katakcomel.my/biodata-dan-gambar-bakal-isteri-zizan-razak/#sthash.XsCJEe0C.dpuf
0 Komentar untuk "Biodata Dan Gambar Bakal Isteri Zizan Razak"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info