BV

Nedim & Bini Muda Nazri Aziz ‘Gaduh’ Kerana Status Datin Seri!



MENDAPAT tempias daripada kekasihnya yang merupakan antara pelakon paling terkenal di Malaysia iaitu Nora Danish, Nedim Nazri turut dikenali rata-rata peminat seni tanah air.
Apatah lagi Nedim pun bukan calang-calang lelaki, selain berjaya merebut hati Nora, dia juga merupakan anak kepada Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz.
Tak hairanlah dia cukup berpengaruh di laman sosial terutama Instagram kerana mempunyai pengikut yang ramai.
Justeru apabila baru-baru ini Nedim melancarkan ‘perang’ dengan wanita yang kini menjadi ibu tirinya, ia mendapat perhatian netizen.
Segalanya bermula apabila Nedim memuatnaik status mengkritik majalah di Malaysia kerana menggunakan gelaran ‘Datin Seri’ pada pangkal nama seorang wanita yang juga bekas pengacara sebuah program hiburan TV, selepas mendakwa dikahwini bapanya tahun lalu.
Nedim menekankan dalam statusnya bahawa hanya isteri pertama sahaja layak memegang gelaran tersebut. Pada masa sama dia menyifatkan wanita terbabit sebagai ‘desperate’ manakala majalah yang menyiarkan kisah ibu tirinya itu sebagai ‘law standards’ kerana tidak melakukan penyelidikan terlebih dahulu.
nediminsta
Isu ini menjadi tambah panas apabila ‘bini muda’ ayahnya membalas kritikan Nedim tersebut!
Berikut tulis bekas pengacara TV yang juga ibu tiri Nedim menerusi Instagram miliknya:
Untitled (3)
“Salam. To Whom It May Concern.. Tiada langsung dalam warta kerajaan yang menyatakan hanya satu isteri yang boleh menggunakan pangkat Datin Seri. Please PROVE to me otherwise, or if its hurting you so bad, SUE me.”
Menerusi ruangan komen, wanita ini turut mendakwa  ibu Nedim sebenarnya telah pun bercerai dengan Nazri Aziz sejak 26 tahun lalu namun tidak didedahkan kepada umum.
Menghangatkan lagi keadaan, pendedahan tersebut didakwanya dilakukan atas permintaan suaminya sendiri bagi menjelaskan kekeliruan yang tercetus.
QQQ
Screen-Shot-2015-04-07-at-12.41.04-AMAAAAAAScreen-Shot-2015-04-07-at-12.41.21-AMScreen-Shot-2015-04-07-at-12.43.09-AM
Alamak, tak pasal-pasal isu keluarga satu negara dah tahu kan.
Apa-apa pun bagi kami, baik Nedim mahu pun ibu tirinya… masalah dalaman keluarga begini tak elok diuar-uarkan melalui laman sosial.
Tak kisahlah siapa yang memulakan dahulu mahupun pihak mana yang memanjangkan cerita, anda berdua mempunyai kaitan dengan VIP Malaysia.
Secara tak langsung yang terpalit dengan isu ini adalah Datuk Seri Nazri sendiri betul tak?
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Nedim & Bini Muda Nazri Aziz ‘Gaduh’ Kerana Status Datin Seri!"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info